Semakan PLKN Online : Pelatih Terpilih Dan Penempatan

Semakan PLKN Online : Pelatih Terpilih Dan Penempatan




Anda boleh membuat semakan samada terpilih atau tidak untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terkini. Dan jika terpilih anda juga boleh menyemak di kem manakah anda akan ditempatkan dan bila anda perlu melapor diri untuk latihan. 
Semakan boleh dibuat secara online, melalui SMS atau dengan panggilan telefon. Laman web dan nombor telefon untuk semakan adalah sama..

A) Semak samada terpilih atau tidak

  • Semak samada terpilih secara online
    Semakan secara online boleh dibuat dengan melawat laman web Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara. Laman ini biasanya sangat sibuk pada waktu puncak, jadi harap bersabar. Seeloknya, lawatlah semasa waktu trafik rendah iaitu selepas jam 12 malam.
    1. Layari laman web Semakan Pelatih Terpilih.
    2. Masukkan no. kad pengenalan anda di dalam kotak yang disediakan.
    3. Tekan butang “Semak” untuk membuat semakan nama PLKN.
  • Semak samada terpilih melalui SMS (perkhidmatan mySMS)
    1. Taip: PLKN<jarak>SEMAK<jarak>[No K/P]
      Contoh: PLKN  SEMAK  9XXX18085511
    2. Hantarkan SMS ke 15888
    Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.
  • Semak samada terpilih melalui panggilan telefon
    Anda juga boleh menghubungi nombor hotline ini (waktu pejabat dari 8 pagi hingga 5 petang) untuk menyemak status anda:03-40274747

B) Semak penempatan / kem latihan calon

Jika anda sudah mengetahui anda telah tersenarai untuk PLKN, sekarang masanya untuk menyemak tarikh melapor diri dan lokasi kem latihan.
  • Semak penempatan secara online
    1. Layari laman web Semakan Penempatan Pelatih.
    2. Masukkan no. kad pengenalan anda di dalam kotak yang disediakan.
    3. Tekan butang “Semak” untuk membuat semakan penempatan PLKN.
  • Semak penempatan melalui SMS
    1. Taip: PLKN<jarak>KEM<jarak>[No K/P]
      Contoh: PLKN  KEM  9XXX18085511
    2. Hantarkan SMS ke 15888
  • Semak penempatan melalui panggilan telefon
    Untuk semakan, hubungi nombor yang sama iaitu 03-40274747.