Pendaftaran Online Rumahwip Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

Pendaftaran Online Rumahwip Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan


Menerusi laporan media bertarikh 23 Februari 2014 melaporkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan telah melancarkan portal Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) untuk memudahkan orang ramai membuat pendaftaran jika ingin mendapatkan rumah sendiri

Memetik kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan berhubung “Rumawip” memaklumkan bahawa sebanyak 30,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang melibatkan 20,000 unit di Kuala Lumpur, 8,000 unit di Putrajaya dan baki 2,000 unit di Labuan

Sehubungan daripada itu, sesiapa yang berminat untuk mendaftar Rumawip boleh melayari laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rumahwip.

Untuk tujuan pendaftaran secara online, sila klik pautan di bawah untuk melayari laman berkenaan.




GARIS PANDUAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK WILAYAH PERSEKUTUAN (RUMAWIP):
1.    Pemohon boleh mendaftar secara online.
2.    Jika anda sudah mendaftar, anda akan menerima mesej seperti ini
(Tahniah! Akaun anda berjaya didaftarkan, Sila semak emel anda untuk membuat pengesahan. Jika anda tidak menerima sebarang emel dalam tempoh 24 jam sila hubungi urusetiarumawip@kwp.gov.my)
3.    Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.
4.    Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara online.
5.    Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut;
1.    Salinan Kad Pengenalan Pemohon
2.    Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)
3.    Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan/Surat Cerai / Sijil Kematian
4.    Penyata Gaji Terbaru
5.    Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan
6.    Salinan Bil Elektrik/Air
6.    Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.
7.    Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.
8.    Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.