Borang Permohonan Skim MyDeposit Pembiayaan Rumah Pertama


Kelebihan Dan Manfaat Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) 

Membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah.

Kerajaan membantu dengan memberi sumbangan sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah) kepada pembeli pertama bagi membantu mereka membeli rumah yang berharga sehingga RM500,000 dan ke bawah. 

Kerajaan turut memutuskan bahawa penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 kepada hanya pembeli rumah pertama sebagaimana yang diumumkan dalam Pengubahsuaian Bajet 2016 akan mula dilaksanakan mulai bulan April 2016. 

Dalam perkembangan sama, bagi menggalakkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah berharga sehingga RM300,000, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan beberapa insentif antaranya bagi rumah berharga RM300,000 ke bawah, nilai deposit kekal RM200,000 dan kadar semasa nilai deposit adalah sebanyak tiga peratus (3%) daripada anggaran kos pembinaan. 

Pelaksanaan inisiatif pemilikan rumah untuk rakyat adalah membabitkan usaha pelbagai pihak dari peringkat Persekutuan, Kerajaan Negeri juga sektor swasta dalam menyediakan kediaman mampu milik kepada keperluan golongan yang disasarkan. 

Terdahulu, pada pembentangan Bajet 2016, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat syarat dan kelayakan permohonan.
Permohon mestilah Rakyat Malaysia
Permohon mestilah berumur 21 tahun ke atas (tiada usia maksima)
Permohonan ini hanyalah untuk pembelian rumah pertama , untuk seisi rumah
Pendapatan kasar isi rumah permohon mestilah kurang dari RM 10,000 sebulan. Ini termasuk komisyen, elaun, bonus dan lain lain)
Permohon diberi tempoh 30 hari untuk membuat perjanjian jual beli rumah dari tari kelulusan
Permohon mestilah layak untuk membuat pinjaman perumahan dari mana mana institusi kewangan di Malaysia.
Permohonan Mydeposit akan dibuka pada 6 April 2016 hingga 30 Jun 2016. Mereka yang berminat untuk memohon harus memohon secepat mungkin.


DOKUMEN SOKONGAN

Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :
Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
Salinan surat pengesahan majikan.
Salinan penyata gaji terbaru.
Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.


BORANG ONLINE


PERTANYAAN - PENGURUSAN (MyDeposit)

03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460




No comments:

Post a Comment

Say Something.... ...