BUAT DUIT ONLINE - BLOGGER



Nuffnang merupakan komuniti periklanan blog terkemuka di dunia, untuk orang ramai yang berkongsi minat dalam blogging! Komuniti nuffnang kini menjangkau seramai 1, 000, 000 blogger di 8 negara dan rantau - Malaysia, Singapura, Filipina, Australia, China, Hong Kong, negara Thai dan United Kingdom.

Di Nuffnang, para blogger menjana pendapatan melalui iklan-iklan blog yang diletakkan oleh pelbagai jenama, dan menjadi sebahagian komuniti rapat melalui rangkaian luas acara-acara eksklusif dan peraduan yang nuffnang anjurkan dan sokong, khas untuk anda.

Pengiklanan blog dalam bentuk asasnya memaparkan iklan pada blog dan blog merupakan medium utama pengiklanan dalam industri ini. 

Anda menjana pendapatan bukan melalui blogging, tetapi melalui perletakan iklan dalam blog anda. Pihak pengiklan akan membayar anda mengikut samaada jumlah klik yang dijana iklan pada blog anda ataupun jumlah tanggapan.

Terdapat tiga jenis iklan Nuffnang, iaitu :
Leaderboard >>> saiz (728 X 90)
Skyscraper >>> saiz (160 X 300)
Large Rectangle >>> saiz (336 X 280)

Gambar dibawah menunjukkan kedudukan yang betul iklan-iklan Nuffnang diletakkan di dalam blog anda.


Anda tidak meletakkan kesemua jenis iklan didalam blog anda pun boleh, tetapi jika anda letakkan smua iklan dalam blog anda ia akan meningkatkan peluang anda menjana lebih wang kerana apabila iklan lebih menonjol dan banyak, pengiklan akan lebih cenderung mengiklan atas bloganda. 

Anda akan dibayar apabila anda memohon keluaran tunai dan cek akan dihantar kepada alamat rumah mengikut sistem kami. Anda akan dibayar dalam Ringgit Malaysia.

Kadar bayaran pula, Untuk Ahli Glitterati kadar untuk CPC (Cost-Per-Click) ialah RM0.25, manakala untuk Bukan Ahli Glitterati ialah RM0.15 Per Click. Ahli Nuffnang Glitterati akan menjana pendapatan sebanyak 20-40%, lebih daripada blogger yang memanuhi blog mereka dengan iklan-iklan lain.

SOAL JAWAP - NUFFNANG

Apakah Nuffnang?

Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia.Nuffnang menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita(Kita ini dinamakan publisher).Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic)

Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?

Tidak,korang tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini.Ini kerana mereka menggunakan khimat kita untuk mempromosikan iklan mereka,jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka.Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang.Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.

Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?

Tidak.Ini kerana setelah duit simpanan anda mencukupi RM50,Nuffnang akan menghantar cek ke rumah anda.Selepas menerima cek berkenaan bolehlah anda masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.

Apakah Buffered Earnings Dan Metered Earnings?

Buffered Earnings biasanya korang akan dapat sekiranya visitor korang melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog anda menerusi Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.

Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan anda dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM 50 setelah page impression blog korang melepasi 10000.Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari,jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari.Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.

Cara Mendapat Buffered Earnings?

Untuk mendapat Buffered Earnings,blog korang perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang.Saya pun tidak berapa tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan tepat tetapi blog korang mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.
Selain itu,korang kena mengemaskini biadota dan survey mengenai blog korang di akaun Nuffnang korang.Pastikan korang mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun anda.Ini kerana,pihak pengikanan akan melihat biodata dan survey yang korang buat sebelum memilih untuk beriklan di blog anda.

~Mesti mempunyai visitor sekurang-kurangnya 100 uv sehari
~Mesti mengisi dan mengemaskini biodata diri di Nuffnang(ada dibahagian Blogger Bio)
~Mesti update blog survey di Nuffnang(ada di bahagian Manage Blog)
~Sekiranya masih tak dapat BE,try lah hantarkan email ke Nuffnang

CARA NAK LETAK ADS COD DALAM BLOGGER

Baiklah,sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk letakkan kod iklan di blogspot anda

1. Log in Dashboard Blog Anda
2. Pergi ke “Page Element”
3. Klik “”Add a Gadget” dan pilih “Html/Javascript”
4. Log in ke akaun Nuffnang dan pergi ke menu “Add Ads”
5. Copy kod yang diberikan dan paste di widget “html/Javascript”
6. Save

TERDAPAT 2 PEJABAT DI MALAYSIA - NUFFNANG MALAYSIA


DAFTAR NUFFNANG SEKARANG


No comments:

Post a Comment

Say Something.... ...